Saturday 12 September 2015

Polis Evo 2015

Logo Polis Evo 2015
Polis Evo 2015

Sinopsis Polis Evo

Filem yang digarap oleh pengarah terkemuka Ghaz Abu Bakar ini bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Zizan dan Shaheizy Sam
Gabungan 2 Hero: Zizan dan Shaheizy Sam




“Polis Evo” merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. Berjayakah Sani dan Khai menyelesaikan misi mereka bersama?Mari kita tunggu kemunculan filem ini..

EVO 10
Zizan sebagai Inspektor Polis
Di tayangkan disemua pawagam tanah air pada 17 September 2015.Pasti semua menantikan kemunculan filem aksi yang hebat ini.Jumpa semua di panggung berdekatan.


Wednesday 9 September 2015

Isteri Tomok kini bertudung

Tomok memanjat kesyukuran kepada ilahi setelah isterinya berhijab sepenuhnya.Siapa tak gembira bila isteri dapat menutup aurat dengan sempurna.Alhamdulillah..

Comel sangat isteri Tomok ni dengan mengenakan hijab menutup aurat, maintain cute! Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram Tomok berkongsi rasa syukurnya akan penghijrahan yang dilakukan.


“Dia mula bertudung mulai semalam. Alhamdulillah, terbuka pintu hati dia untuk bertudung dan saya sangat-sangat gembira dengan perkara ini. Maklumlah, perkara inikan adalah satu kewajiban dan saya berharap penghijrahan ini adalah berterusan,” jelas Tomok.

abam bocey dedahkan keadaan kereta sebenar

Ini adalah berita yang mengejutkan, terkini Abam Bocey dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan keretanya habis remuk di bahagian hadapan.

Alhamdulillah, nasib baik pelawak ni tidak mengalami kecederaan yang teruk hanya benjol-benjol di kepala sahaja.

“Alhamdulillah saya okay. Saya sudah buat pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius. Saya cuma terkejut sekejap saja,” kata pelawak Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey, 27 tahun.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Batu 10, Gombak pagi semalam bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta Abam.





Dalam pada itu, Abam dilaporkan sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran telefilem berjudul Abang Aji di ibu negara bersama pembantu peribadinya, Firdaus.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali benjol sedikit di kepala akibat terhantuk di cermin depan,” katanya. Hati-hati yer Abam, risau pula dengan berita ni.